Friday, November 12, 2010

UPSR - TAHNIAH BUAT AMIR


Khamis, 11 Nov - Keputusan UPSR 2010 telah diumumkan. Penantian selama ini telah sampai ke kemuncaknya.

Alhamdulillah. Berkat doa semua keluarga, Amir berjaya mendapat 5A dalam UPSR 2010.

Buat Abg Amir, abah & mama amat berbangga dengan kejayaan tersebut. Semoga ianya menjadi perangsang untuk kejayaan yang seterusnya. Tetapi ingat kita jangan leka dengan kejayaan ini. Perjuangan mesti diteruskan. Abah & mama doakan agar abg Amir bukan sahaja berjaya dalam pelajaran tetapi juga berjaya dalam akhlak dan agama. Insya Allah. Jadilah insan yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Nya. Jadilah insan yang sentiasa berbakti kepada Allah, ibu bapa, guru-guru, agama, bangsa dan negara.

TAHNIAH. AMIN.

Sila Klik : Majlis Penyerahan Slip Peperiksaan UPSR 2010

Tuesday, August 24, 2010


Alhamdulillah.

Akhirnya mama berjaya menghabiskan peperiksaan untuk semester kali ini. Dengar kata ada soalan yang boleh dibuat dan ada soalan yang tak dapat dibuat.

Tapi kami percaya mama telah buat yang terbaik dan kami pasti mama akan beroleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut. Insya Allah.

Pakat2 kita doakannya.

Kami semua bangga dengan mama.

TAHNIAH BUAT AMIR


Tahniah buat Amir kerana berjaya mendapat 5A dalam Peperiksaan Percubaan UPSR 2010 baru-baru ini.

Namun begitu, kami sekeluarga mengharapkan agar Amir terus berusaha dengan lebih gigih kerana ini hanyalah Peperiksaan Percubaan dan yang sebenarnya ialah pada bulan 9 nanti.

Insya Allah. Kami percaya Amir boleh buat yang terbaik. Teruskan berusaha.

Salam dari kami sekeluarga.

Thursday, July 8, 2010

BELANDA LAWAN SEPANYOL

Jurulatih Belanda, Bert Van Marwijk berjaya mengakhiri penantian selama 32 tahun dengan membawa pasukannya ke perlawanan akhir Piala Dunia buat kali pertama sejak 1978.

Ia mengambil masa yang lama untuk sampai ke tahap tersebut tetapi Van Marwijk berkata, penantian tersebut amat berbaloi.

‘‘Sudah tentu saya sangat gembira dan bangga apabila sebuah negara kerdil memasuki perlawanan akhir Piala Dunia, ia amat sukar untuk digambarkan.

Lawan Belanda di pusingan akhir nanti ialah Sepanyol yang berjaya mengalahkan Jerman 1-0 di masa-masa yang hampir tamat. Sama-samalah kita tengok pasukan mana yang lebih hebat antara Belanda dan Sepanyol. Sememangnya kedua-dua pasukan ini mengidamkan Juara Piala Dunia kerana sudah lama mereka ingin mancapainya.
Syabas kepada pasuka Belanda dan Sepanyol.

Monday, March 15, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU


15 Mac -Selamat Pengantin Baru Buat Rasydan (Dan) & isteri.

Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi adik kami kerana akan menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihannya yang berasal dari Renek, Jabi, Terengganu. Kami sekeluarga bertolak dari rumah Ma (mak mertua) lebih kurang pukul 8.00 malam. Antara yang dapat pergi ke majlis Akad Nikah ialah kami sekeluarga, Abg Long, Abg Mie, Ayah Sue & Che Ros, Jay sekeluarga & Pak Chik.

Lebih kurang jam 9.30 malam kami sampai di sana. Alhamdulillah dengan sekali lafaz maka sahlah 'Dan' menjadi suami orang. Kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmatNya maka majlis akad nikah tersebut dapat berjalan dengan baik dan meriah.

Pada 15/3/2010 (Isnin), kami akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada 18/3/2010 (Khamis) mereka pula akan ke rumah kami di Mulong Kota Bharu.

Buat 'Dan' & isteri - SELAMAT MENEMPUH ALAM RUMAHTANGGA. SEMOGA KEKAL KE AKHIR HAYAT. INSYA ALLAH. AMIN.

> Sila KLIK
  • Majlis Akad Nikah.
  • Majlis Persandingan.
  • Majlis Menyambut Menantu.

Friday, March 12, 2010

MAJLIS PERKAHWINAN AZHAR (ABE CHIK)

12 Mac - Hari ini merupakan hari yang bersejarah buat Abe Chik kerana akan bergelar suami tidak beberapa jam lagi. Majlis tersebut dijangka akan berlangsung pada jam 9.00 malam. Rombongan dari Kelantan bertolak ke Perak lebih kurang jam 8.30 pagi. Antara yang pergi ialah Kak Nie sekeluarga, Kak Mah sekeluarga dan Kak Chik sekeluarga.

Di sini saya dan Za ingin memohon berbanyak maaf kerana tidak dapat sama-sama pergi ke sana. Ini kerana ada beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Apa yang penting kami mendoakan agar majlis tersebut dapat berjalan dengan lancar dan meriah.

Mengikut jadual:
  • Hari Akad Nikah ( di Perak ) - 12/3/2010 ( jam 9.00 malam)
  • Hari Bersanding ( di Perak ) - 13/3/2010 ( jam 12.00 tgh )
  • Hari Sambut Menantu ( di Kelantan ) - 20/3/2010 (Sabtu)
Apa yang diharapkan agar semua perjalanan majlis dapat berlangsung dalam suasana yang meriah dan diberkati oleh Nya selalu. InsyaAllah.

AMIR - TOKOH MAULIDUR RASUL 2010


Tokoh Maulidur Rasul (Murid) Peringkat Sekolah 2010 - Alhamdulillah syukur kepada Ilahi kerana pada tahun ini Amir telah terpilih sebagai Tokoh Maulidur Rasul Peringkat sekolah 2010 kategori murid. Kami sekeluarga amat berbangga dengan pemilihan tersebut. Apa yang kami harapkan agar abe Amir dapat menunjukkan akhlak dan budi pekerti yang baik sebagai contoh kepada murid-murid yang lain di Sek. Keb. Bechah Keranji. InsyaAllah.

Friday, February 26, 2010

SELAMAT HARI JADI AMIR

SELAMAT HARI JADI AMIR KE 12

Tanggal 27 Feb 2010 genaplah usia Amir 12 tahun. Nampaknya setahun lagi bertambah umur anak lelaki ku. Aku pun dah tua ke ?. Tua tak apa tapi hensem lagi.

Abah mengharapkan agar Amir akan lebih matang dalam melayari hidup untuk hari-hari yang mendatang. Waktu-waktu yang lepas tu, jadikan ianya sebagai pedoman bagi baik dan sempadan bagi yang tidak baik. Pengalaman yang lepas amat bermakna buat kita kerana melaluinya akan mendewasakan kita.

Perjalanan kita masih jauh. Tahun ini Amir akan menduduki Peperiksaan UPSR. Jadi Abah & Mama mengharapkan sesuatu yang terbaik dapat dilahirkan oleh Amir buat kami sekeluarga. Amirlah harapan kami. Kami mendoakan agar Abg Amir selalu berada dalam sihat dan sentiasa berada dalam limpah rahmat Allah s.w.t.

JANJI YANG CEMERLANG. Insya Allah.

Kami sayang abg Amir.

SELAMAT HARI JADI KE 12 ( 27 Feb 2010 )

Sekian.