Friday, February 26, 2010

SELAMAT HARI JADI AMIR

SELAMAT HARI JADI AMIR KE 12

Tanggal 27 Feb 2010 genaplah usia Amir 12 tahun. Nampaknya setahun lagi bertambah umur anak lelaki ku. Aku pun dah tua ke ?. Tua tak apa tapi hensem lagi.

Abah mengharapkan agar Amir akan lebih matang dalam melayari hidup untuk hari-hari yang mendatang. Waktu-waktu yang lepas tu, jadikan ianya sebagai pedoman bagi baik dan sempadan bagi yang tidak baik. Pengalaman yang lepas amat bermakna buat kita kerana melaluinya akan mendewasakan kita.

Perjalanan kita masih jauh. Tahun ini Amir akan menduduki Peperiksaan UPSR. Jadi Abah & Mama mengharapkan sesuatu yang terbaik dapat dilahirkan oleh Amir buat kami sekeluarga. Amirlah harapan kami. Kami mendoakan agar Abg Amir selalu berada dalam sihat dan sentiasa berada dalam limpah rahmat Allah s.w.t.

JANJI YANG CEMERLANG. Insya Allah.

Kami sayang abg Amir.

SELAMAT HARI JADI KE 12 ( 27 Feb 2010 )

Sekian.

MAMA SIBUK LAGI !

Mama Sibuk Lagi !

Za telah mula belajar untuk semester 2 bagi tahun pertama untuk program Pensiswazahan Guru bagi Tahun 2010. Alhamdulillah keputusan yang Za dapat pada ujian semester 1 sememangnya membanggakan kami sekeluarga. Adalah sikit. Katanya 3 pointer ke atas. Tahniah lagi sekali dari kami semua. Kami selalu mendoakan agar Mama dapat mencapai keputusan yang terbaik untuk peperiksaan yang seterusnya. Insya Allah.

Nampaknya sekarang, Za sedang sibuk menyiapkan kerja kursusnya. Kenapa? Pening kepala ke! Kalau ada masalah bolehlah bincang dengan kawan-kawan agar ada idea untuk buat kerja kursus yang terbaik. Apa-apa pun kami semua sedia membantu mama sekiranya diperlukan.

SELAMAT MAJU JAYA BUAT MAMA TERSAYANG.

Sekian.

Sunday, February 21, 2010

KELANTAN KALAH LAGI

20 Feb - Kelantan kalah lagi. Pada malam ini TV1 menyiarkan siaran langsung perlawanan bola sepak Piala FA peringkat kedua di antara Kelantan dan Kedah di Stadium Sultan Muhammad Ke lV. Semasa pusingan pertama di Kedah, keputusan seri (0 - 0). Jadi Kelantan perlu menang di Kota Bharu. Walaupun telah bermain dengan baik namun nasib Kelantan kurang baik kali ini. Walaupun seri (1 - 1) namun kelebihan buat Kedah kerana dapat buat gol di arena lawan. Tahniah buat Kedah. Tahniah buat Abe Najib, Kak Chik, Aliff & Amirul di atas kemenangan itu. Mungkin bulan bukan purnama penuh kot kah! kah! kah!.

Thursday, February 18, 2010

Terima Kasih ' MB KELANTAN '

18 Feb - Majlis Menyambut Menantu Kak Mah & Abe Mie amat bermakna buat kami sekeluarga dengan kehadiran Menteri Besar Kelantan ke majlis tersebut. Kehadiran beliau di majlis tersebut sememangnya tidak dijangka sama sekali. Menurut Abe Najib, beliau telah menjemput Dato' MB ke majlis tersebut semasa perjumpaan beliau dengan MB Kelantan ketika mengetuai 50 rombongan konvoi bermotosikal dari Sik Kedah. Beliau tidak menjangka Dato' MB sudi meluangkan masa untuk bersama kami sekeluarga. Secara peribadi kami sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih di atas kehadiran rombongan MB Kelantan ke majlis kami. Semoga majlis ini diberkati Allah hendaknya. AMIN.


' Gambar Kenangan Bersama Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz b. Nik Mat - MB Kelantan '

Monday, February 15, 2010

AKAD NIKAH HAFIZAL

15 Feb - Hari ini kami sekeluarga akan menghadiri majlis akad nikah Hafizal (anak Kak Mah & Abe Mie) di Pasir Mas. Semalam kami sempat berkunjung ke rumah Kak Mah dan melihat persiapan yang telah dibuat. Antara yang ada di sana ialah Kak Chik sekeluarga, Bonda, Nani, Hazizi & Dah. Meriah sungguh.

Pada hari ini kami akan bertolak jam 10 pagi dan mungkin majlis itu berlangsung pada jam 11.00 pagi. Majlis persandingan pula pada jam 12.00 tgh (jangkaan).

Alhamdulillah. Majlis berjalan dengan lancar. Tepat jam 11.30 pagi Majlis Akad Nikah berlangsung dengan sekali lafaz oleh pengantin lelaki. Majlis Persandingan diadakan pada hari ini juga iaitu jam 12.30 tgh.

Gambar sekitar majlis tersebut.


' SELAMAT MENEMPUH ALAM RUMAHTANGGA ' buat Hafizal dan isteri dari Poksu sekeluarga.

Video Majlis Akad Nikah


Sekian.

KEM DIDIK 2010

12 Feb - Kem Kecemerlangan DIDIK anjuran Berita Harian telah diadakan di PCB Resourt Kota Bharu. Amir termasuk salah seorang pesertanya. Menurutnya banyak pengalaman dan ilmu baru yang diperolehinya sepanjang kem tersebut.

Sorry ! gambar tak sempat nak ambil.

Sekian.