Monday, March 15, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU


15 Mac -Selamat Pengantin Baru Buat Rasydan (Dan) & isteri.

Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi adik kami kerana akan menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihannya yang berasal dari Renek, Jabi, Terengganu. Kami sekeluarga bertolak dari rumah Ma (mak mertua) lebih kurang pukul 8.00 malam. Antara yang dapat pergi ke majlis Akad Nikah ialah kami sekeluarga, Abg Long, Abg Mie, Ayah Sue & Che Ros, Jay sekeluarga & Pak Chik.

Lebih kurang jam 9.30 malam kami sampai di sana. Alhamdulillah dengan sekali lafaz maka sahlah 'Dan' menjadi suami orang. Kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmatNya maka majlis akad nikah tersebut dapat berjalan dengan baik dan meriah.

Pada 15/3/2010 (Isnin), kami akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada 18/3/2010 (Khamis) mereka pula akan ke rumah kami di Mulong Kota Bharu.

Buat 'Dan' & isteri - SELAMAT MENEMPUH ALAM RUMAHTANGGA. SEMOGA KEKAL KE AKHIR HAYAT. INSYA ALLAH. AMIN.

> Sila KLIK
  • Majlis Akad Nikah.
  • Majlis Persandingan.
  • Majlis Menyambut Menantu.

Friday, March 12, 2010

MAJLIS PERKAHWINAN AZHAR (ABE CHIK)

12 Mac - Hari ini merupakan hari yang bersejarah buat Abe Chik kerana akan bergelar suami tidak beberapa jam lagi. Majlis tersebut dijangka akan berlangsung pada jam 9.00 malam. Rombongan dari Kelantan bertolak ke Perak lebih kurang jam 8.30 pagi. Antara yang pergi ialah Kak Nie sekeluarga, Kak Mah sekeluarga dan Kak Chik sekeluarga.

Di sini saya dan Za ingin memohon berbanyak maaf kerana tidak dapat sama-sama pergi ke sana. Ini kerana ada beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Apa yang penting kami mendoakan agar majlis tersebut dapat berjalan dengan lancar dan meriah.

Mengikut jadual:
  • Hari Akad Nikah ( di Perak ) - 12/3/2010 ( jam 9.00 malam)
  • Hari Bersanding ( di Perak ) - 13/3/2010 ( jam 12.00 tgh )
  • Hari Sambut Menantu ( di Kelantan ) - 20/3/2010 (Sabtu)
Apa yang diharapkan agar semua perjalanan majlis dapat berlangsung dalam suasana yang meriah dan diberkati oleh Nya selalu. InsyaAllah.

AMIR - TOKOH MAULIDUR RASUL 2010


Tokoh Maulidur Rasul (Murid) Peringkat Sekolah 2010 - Alhamdulillah syukur kepada Ilahi kerana pada tahun ini Amir telah terpilih sebagai Tokoh Maulidur Rasul Peringkat sekolah 2010 kategori murid. Kami sekeluarga amat berbangga dengan pemilihan tersebut. Apa yang kami harapkan agar abe Amir dapat menunjukkan akhlak dan budi pekerti yang baik sebagai contoh kepada murid-murid yang lain di Sek. Keb. Bechah Keranji. InsyaAllah.